BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 18 October 2017

APAKAH BEZA ANTARA BUAH NANGKA DENGAN BUAH CEMPEDAK?

gambar hiasan
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukan

Buah nangka besar daripada buah cempedak sama ada bentuk luarannya mahupun isinya. Pokok nangka berbuah sepanjang tahun.

 
buah nangka 

 isi nangka
Buah cempedak pula memanjang dan ada yang juga bulat, manakala isinya lebih lembut dan nipis dari buah nangka yg keras dan kurang manis berbanding buah cempedak. Pokok cempedak berbuah megikut musim.
pokok cempedak



 
buah cempedak


Inilah beza dua buah yang hampir sama jika sekali pandang

Thursday 15 June 2017

Peminat Sutera Kasih cecah 1,810,019 orang


SUTERA KASIH


face book 
SUTERA KASIH


Jumlah Peminat sutera kasih yang agak hebat


Nilai ringgit  laman sosial yang agak besar yang
dimiliki oleh sutera kasih


group meletopfm
GROUP PENDENGAR RADIO ONLINE
MELETOPFM SENSASI HOT MALAYSIA
MELETOPFM MILIK SUTERA KASIH


ruang iklan
GROUP RUANG IKLAN RADIO ONLINE 
MELETOPFM MILIK SUTERA KASIH

 Apa yang di cari adalah untuk kepuasan diri sendiri
inilah duniaku ceritaku

link sutera kasih



Tuesday 4 April 2017

10 Tip untuk berjaya dalam busines online




10 Tip untuk berjaya dalam busines online yang saya amalkan dan ingin saya kongsi bersama anda semua:-
1- Jujur dalam perniagaan

2-Jangan selindung tentang harga ketika promot produk yg kita jual. Ikut cara rasulullah berniaga yg sentiasa meletak harga untuk pengetahuan pengguna.

3-Jangan takut persaingan dan mainan harga dari pihak lain. Jika kita sering berkata rezki itu dari Allah mengapa kita tidak yakin? Jika kita di pihak yg jujur Allah sentiasa beri kita rezeki.

4- Jangan kecam pelanggan atau menyindir pelanggan di laman sosial ini menunjukkan sikap anda sebagai peniaga yg buruk. Hak pelanggan ialah bertanya, tawar menawar harga dan keinginannya.

5- Mana kala hak peniaga ialah barang, kualiti dan harga yg berpatutan.

6- Jangan lengah-lengahkan penghantaran , memberi maklumat penghantaran ( tracking no / jenis khidmat penghantaran) jika ada masalah segera maklumkan pada pembeli.

7- Perbanyakan produk untuk dijual sama ada cara stok atau sistem dropship. Dengan cara ini ianya meningkatkan pendapatan. Jika cara pesanan pengguna melalui whatssAp /IG/ wechat jangan sesekali menulis dengan secara perkataan singkat contohnya :- bayar (byr) ini bukan mudah sebenarnya ini menunjukkan sikap kita sebagai peniaga yg tiada kualiti. Kefahaman pelanggan itu penting.

8- Sebelum menjual apa juga produk secara iklan di laman sosial pastikan ada mempunyai maklumat dan asa tentang produk secara betul mengikut apa yg pihak pengeluar telah sediakan. Pelajari tentang produk yg anda jual.

9- sediakan sebuah buku log pelanggan tulis perkara- perkara berikut:-
a) nama / alamat / no telepon setiap pelanggan sama ada pelanggan itu sudah membeli atau belum membeli.

b) dapatkan nama setiap pelanggan yg baru bertanya dan tulis dalam buku log pelanggan. Jangan ambil kira tentang mereka baru bertanya atau sudah memesan. Dengan cara ini anda telah mengumpul jumlah pelanggan anda dan dengan mudah untuk anda mengiklankan kepada mereka jika anda ada produk baru. Juga dengan cara ini anda boleh menawarkan jualan ulangan ( reapet sale).


c- Adakan masa antara 1-2 jam untuk bertanya kabar kepada pelanggan yg telah membeli produk yg anda jual. ( khidmat pelanggan). cara ini mengeratkan hubungan anda dengan pelanggan anda.


10- Berbudi bahasalah ketika menjawab pertanyaan pelanggan. Berbicaralah dengan perkataan- perkataan yg baik baik. Seperti jika pelanggan itu beragama islam gunakan perkataan perkataan seperti : memberi salam / membalas salam, Alhamdulullah / insha-Allah / terima kasih / Saya jual / dan lain lain. Pujilah pelanggan anda dengan perkataan yg membuat mereka suka.

Sebenarnya banyak lagi tip yg kita boleh guna untuk berjaya dalam busines online. Saya adalah salah seorang peniaga online dan off line. Saya berjaya menawan hati pelanggan saya hanya dengan tip tip yg saya kongsikan bersama anda ini.

Tambahan kejayaan adalah penting banyakan beriklan. Anda belajar buat website / blog / group laman sosial seperti face book/ twetter / IG / wechat / whatssAp. Insha Allah anda jadi usahawan global yg berjaya.

PERCAYAKAH REZEKI DATANG BERGOLEK?
Ketika kita tidur / ketika kita makan / ketika kita berkerja / ketika kita sedang berhibur bersama famili / ketika kita duduk bersembang di restoran bersama sama kawan.

INGAT PESAN INI CARILAH KAWAN, JANGAN CARI MUSUH. JANGAN LUPA BERSEDEKAH JIKA TAK CUKUP NISAB PENDAPATAN UNTUK MEMBAYAR ZAKAT. Bahawa sa nya suku bahagian rezki kita itu adalah untuk mereka-mereka yang memerlukannya.
Pada anda yang tiada modal memulakan perniagaan online bermulalah sebagai dropship. Terdapat banyak pengeluar produk yang menawarkan peluang perniagaan secara dropship. Hubungi mereka dan pelajari caranya.

Jika anda inginkan bimbingan dari saya hubungi saya di 018 787 0287
Teks ini saya sediakan untuk anda dari rahsia yang saya amalkan untuk kejayaan saya dalam dunia perniaggan online.
Terima kasih kerana membaca / kongsikan di facebook anda. Assalammualaikum

dari saya Sutera Kasih

AKAUN FACE AKAN DI TUTUP


Info penting untuk pengguna laman sosial facebook.
Selalunya kita berpendapat ramai yg add kita di fb ni hanya untuk meramaikan kawan kononnya jika cecah 5000 frnd kira dia glamour. Hakikatnya tidak sama sekali sbb berdasarkan statistics fb mendapati 40% pengguna fb adalah akaun senyap.( silently accounts).

Persoalannya kenapa? Jawapanya ialah:-
1- pembuka akaun fb ramai dari kalangan usia 35-60 tahun
2- remaja sudah beralih laman sosial seperti wechat atau IG.
3- purata pengguna fb adalah kalangan busines online untuk beriklan.
3-konsep sembang kawan2 di fb tidak ramai ia dianggarkan 30% sahaja.
4- kenapa 70% tidak aktif
a- ramai remaja yg buka akaun fb tinggalkan begitu saja.
b- ramai yg buka akaun fb aktif sesekali sahaja ketika masa lapang.
c- ramai pengguna fb hanya untuk bersembang dgn kenalan rapat sekalipun mempunyai ramai rakan maya yg dia tidak kenal.
d- akaun hackers
e- akaun mati ( akaun yg ditinggalkan begitu sahaja.
f- ramai yg buka akaun fb lebih dari satu.
5- face book telah mengenal pasti mana mans akaun yg tidak aktif akan terdelate automatik.


by sutera kasih

Wednesday 1 March 2017

Pelajar sekolah 14 tahun, mengaku lakukan hubungan intim banyak kali

gambar hiasan


MELAKA: Seorang remaja perempuan di sini mengaku telah melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki di sekolah, rumah dan beberapa lokasi lain tahun lalu.

Kegiatan tidak bermoral pelajar Tingkatan Dua itu terbongkar apabila salah seorang rakan sekelasnya mendedahkan perkara itu kepada guru kaunseling.

Pada Rabu, guru berkenaan bertindak menyoal pelajar berusia 14 tahun itu.

Hasilnya, pelajar itu mengaku telah melakukan hubungan seks sejak Tingkatan Satu dengan beberapa lelaki di pelbagai lokasi termasuk di kelas, bawah tangga, bilik solat, rumah terbiar dan juga kediamannya.

Pelajar perempuan itu juga mengaku ia berlaku atas kerelaan dan persetujuan kedua pihak, malahan dia tidak pernah meminta wang selepas melakukan hubungan seks itu.

Selain rakan lelaki sekolah sama, pelajar itu mengakui pernah tidur dengan beberapa pelajar lelaki dari dua sekolah menengah dan lelaki lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pelajar berkenaan telah dipindahkan ke sekolah di Ayer Keroh pada Jun 2016 kerana masalah disiplin.

"Sebaik mendapat maklumat terperinci mengenai kegiatan seksual pelajar itu, guru berkenaan telah membawa pelajar itu untuk membuat laporan polis," katanya.

Pada Jumaat, polis telah menahan 11 pelajar sekolah berusia antara 13 dan 16 tahun dari tiga sekolah menengah dan dua lagi suspek berusia 21 tahun.

Semua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan persetubuhan di luar aturan tabii.

"Pelajar perempuan itu telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani ujian kesihatan dan seterusnya disarankan supaya melalui penilaian psikiatrik.

"Kami akan melengkapkan siasatan sebelum menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya. - MStar

Wanita berusia 23 tahun dicabul ketika menunggang motosikal


SEORANG lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes mencabul cedera selepas motosikalnya ditendang mangsa di Kampung Pantai Chicar, Baling, pagi tadi.  

BALING: Seorang wanita operator kilang bertindak nekad dengan menendang motosikal dinaiki seorang lelaki yang dipercayai mencabulnya di Kampung Pantai Chicar, dekat Kuala Ketil, di sini, pagi tadi.

Wanita berusia 23 tahun itu sedang menunggang motosikal sendirian untuk pulang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi apabila diekori lelaki terbabit yang juga menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata siasatan awal mendapati mangsa menyedari diekori penunggang motosikal terbabit sebelum suspek tiba-tiba menghampiri dan terus memegang buah dadanya.

Terkejut dengan tindakan itu, wanita berkenaan menendang motosikal lelaki itu hingga terbabas dan merempuh tiang elektrik. Katanya suspek yang cedera dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dan kes disiasat mengikut Seskyen 354 Kanun Keseksaan. - Metro

Minyak naik,Kereta kebal isi minyak di PETRON


Mengisi minyak kereta kebal serta berjalan-jalan di sekitar bandar bukan satu perkara yang luar biasa di England - Foto diambil dari TankNutDave



LONDON - BRITAIN. Sudah menjadi kebiasaan membawa kereta ke pam minyak apabila kenderaan kehabisan petrol.

Namun begitu, ia menjadi sesuatu yang luar biasa apabila membawa kereta kebal untuk mengisi petrol ke dalam kenderaan itu.

Satu video menunjukkan beberapa orang lelaki yang memandu kereta kebal jenis CVR (T) Scorpion Lightdi bandar Kettering di tengah-tengah negeri itu.

Saat tiba di stesen minyak, mereka membuat keputusan untuk mengisi penuh tangki dengan kos $625 dolar (RM2,765.95).

Bagaimanapun, video tersebut telah dimuat naik di Laman Youtube, TankNutDave pada tahun 2015 namun ia kembali menjadi viral sekali lagi minggu ini. - Sinar

Wednesday 22 February 2017

Aku Pernah Herdik Mak Aku "orang tua takda otak"

 Gambar hiasan
 
Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.
Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.
Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.
Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.
Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"
Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.
Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.
Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.
Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah.
Kami banyak buat salah pada ayah".
Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.
-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik - Karyawan Bisu
P/S: Jika anda menyukai artikel ini sila kongsikan kepada kawan-kawan anda terima kasih.

INILAH CERITAKU DEMI KEBENARAN


 Gambar hiasan

"Ustaz,
Semenjak saya berkahwin, Suami saya suruh saya jadi baik.Suami paksa dan Suruh Saya pakai tudung dan jaga aurat. Di Tempat kerja saya,Tiada seorang pun yang memakai tudung.Sebahagian besar Keluarga dan kawan-kawan saya juga tidak bertudungSaya diejek oleh kawan-kawan kerana katanya saya hipokrit.
Sekarang saya di sisihkan kerana pakai tudung. Ekonomi saya pun jatuh.Sedihlah ustaz.. Saya tahu wajib dan lain-lain.Tapi... Lemah semangat.. Boleh beri sedikit nasihat pada saya?"

Jawab Ustaz
"Sebenarnya Allah yang beri kekuatan pada puan untuk memakai tudung.Allah sayang puan..
Dulu ketika saya darjah 6,Ada seorang cikgu selalu cerita kisah ni..

"Ada seekor rusa yang sangat cantik, Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik.
"Wah... cantiknya tanduk aku..!" bisik rusa itu penuh bangga. 
Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tidak cantik.. Dia tersenyum seorang diri setiap kali melihat tanduknya dekat air.Tetapi menjadi sangat emosi dan sedih saat Melihat tapak kakinya..

Suatu hari,Dia di kejar harimau, Kakinya itu berlari selajunya..Sehabis kudrat,Untuk mempertahankan dirinya... Kaki dia berlari selaju mungkin dan meredah segala kesakitan juga telah memijak semua benda tajam untuk menyelamatkan nyawanya..

Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok.. dia cuba tarik, Tetapi gagal. Dia menangis...
Saat matanya menangis ketika harimau mulai dekat, Dia berkata,

"Wahai tanduk yang ku banggakan, hari Ini kau telah membinasakan diriku..
Kerana kau, aku tersangkut dan akan mati...Wahai kaki yang selalu aku hina,
Hari ini kau bertungkus lumus berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan diriku..
Tapi inilah akhirnya.."

Kaki itu tidak berhenti menyelamatkan dirinya. Berjuang Sehingga ketitisan darah terakhir untuk menyelamatkan dirinya...Kaki yang dia anggap beban itu sehabis kudrat menendang harimau,
Kaki yang selama ini di cemuh itu terus bergelut dengan harimau..

Sehinggalah dia disiat satu persatu.. Kaki buruk yang di anggap tidak berguna itu berjasa sampai akhir... Begitulah dalam dunia kita, Kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta,nama tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat.

Sehingga...
kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita menderita di akhirat.. Kita malu dengan sunnah Nabi saw.. kita malu dengan perintah Allah. Kita takut kita dimalukan kerananya..

Tetapi,
Kerana itulah kebahagiaan sebenar menanti buat selamanya.. berbaloi susah untuknya.
Teruskanlah istiqamah buat baik sehingga kita mati.*Moga beroleh manfaat.

Saturday 28 January 2017

MELETOPFM RADIO ONLINE POPULAR SELURUH DUNIA MASA KINI

https://www.facebook.com/groups/meletopfm/

Meletop-fm Radio Stream No 1 Malaysia. Layari http://musicmeletopfm.blogspot.my  untuk mendengar segment terkini.

http://musicmeletopfm.blogspot.my/

Anda juga boleh mendengar meletop-fm melalui handphone android anda dengan install melalui googleplay store atau melalui tunein dengan menaip perkataan meletopfm.

Meletop-fm radio stream (online) 24 jam lagu-lagu tanpa henti dan pelbagai segment menarik sebagai pengisian di meletop-fm.

Untuk menjadi Ahli group face book layari:- https://www.facebook.com/groups/meletopfm/
Teruskan berhibur di Meletop-Fm... layari www.meletopfm.com 


MeletopFM dibuka pada  tarikh 2/2/2015 sebagai Radio Online yang aktif mempunyai 5 orang DJ utama dalam mengendalikan  penyampaian segment mingguan. Atara segment yang begitu popular ialah:-

1- Rock Cintan -
Bersama DJ Shamil -
Setiap hari Selasa- 9:00 malam hingga 11:00 malam.

2- Ada-Ada Saja-
Bersama DJ Shamil, DJ Naz dan DJ Sutera Kasih (SK)-
Setiap hari Rabu -9:00 malam hingga 11:00 malam.
( segment paling popular pendengar)

3- Intai-intai Malam-bersama -
Bersama DJ Shamil, DJ Naz dan DJ Sutera Kasih (SK)-
Setiap hari Khamis -9:00 malam hingga 11:00 malam.

4- Lagu dan Kenangan -
Bersama DJ Sutera Kasih (SK)dan Djct Kamalunishak-
Setiap hari Jumaat atau Sabtu- 9:00 malam hingga 11:00 malam
( segment paling popular pendengar)

5- Getaran Jiwa -
Bersama DJ Naz dan DJ Sutera Kasih (SK)-
Setiap hari Selasa- 9:00 malam hingga 11:00 malam.


https://www.facebook.com/nadidarah

 Pengasas Radio Online MeletopFM Saudara DJ Sutera Kasih

https://www.facebook.com/siti.kamalunishak
 Djct Kamalunishak

https://www.facebook.com/aniz.mansor
DJ Anis Mansor (sambilan)

https://www.facebook.com/inishamil
DJ Shamil Abdullah
  
https://www.facebook.com/nasriq.nashz?fref=ts
DJ Nashz

Group meletopfm telah mencapai sejumlah 13 ribu lebih Ahli... dan pendengar seluruh dunia meningkat kepada lebih 15 ribu pendengar:-
https://www.facebook.com/groups/meletopfm/

Thursday 19 January 2017

Solat di mana-mana saja, tiada perkataan tidak sempat.

Dalam kesesakan jalan raya, kelihatan sebuah keluarga bahagia masih boleh menunaikan kewajiban.. Tiada alasan yang boleh menolak kewajiban ini kecuali sakit tenat. Taat pada yang Maha Berkuasa..semoga Allah lindungi keluarga ini sehingga ke destinasi..