BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Friday 17 June 2016

Anih tapi benar penghadang solat masjid bergerak sendiri..

Viral - Misteri Masjid Baru Tedong, Serkam Melaka 2016.Kejadian aneh itu dirakam jam 2.30 pagi, 25 Mei lalu dan hanya disedari pihak pengurusan masjid dua minggu kemudian.rakaman video CCTV itu yang memaparkan pergerakan penghadang kayu solat jemaah lelaki dan wanita bergerak secara teratur dan rawak.


Viral - Kejadian aneh Misteri Masjid Baru Tedong, Serkam Melaka yang memaparkan pergerakan penghadang kayu solat jemaah lelaki dan wanita bergerak secara teratur dan rawak.

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyiasat kesahihan insiden dua penghadang kayu di Masjid Jamek Tedong, Serkam, Jasin, di sini, yang dilaporkan bergerak sendiri.
Katanya, ada keperluan untuk masyarakat mendapat penjelasan lanjut susulan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam ruang masjid itu memaparkan pergerakan paranormal yang mencetuskan tanda tanya.

"Saya sendiri sudah lihat rakaman video CCTV itu yang memaparkan pergerakan penghadang kayu solat jemaah lelaki dan wanita bergerak secara teratur dan rawak.

"Kita minta JAIM atau pihak berkaitan melakukan siasatan serta penjelasan, terutama dari sudut sains fizik untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.

"Mungkin ketika itu angin kuat, semua itu perlu disemak kerana dibimbangi memberi reaksi yang disalah erti pelbagai pihak," katanya.

Beliau mengulas rakaman CCTV berdurasi satu minit 48 saat itu yang dimuat naik Pengerusi Masjid Jamek Tedong, Datuk Akhbar Ali menerusi akaun Facebook miliknya dan mendapat perhatian pengguna media sosial.

Kejadian aneh itu dirakam jam 2.30 pagi, 25 Mei lalu dan hanya disedari pihak pengurusan masjid dua minggu kemudian. - BH

No comments: