BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Tuesday 3 May 2016

Warga tempatan memburu GRO-'K-Pop' untuk kepuasan nafsu

GRO 'K-Pop' jadi buruan warga tempatan
 myMetro
 
Kuala Lumpur: Rambut ikal mayang dan tampil jelita tidak ubah seperti artis K-Pop. Itu antara tarikan beberapa pusat hiburan yang menganjurkan pertandingan ratu cantik ‘K-Pop’ membabitkan pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Kumpulan GRO ‘artis’ yang menawarkan khidmat seks ini didapati didandan rapi selain dihantar ke salun dan diberikan pakaian mahal oleh ‘bapa ayam’ yang melindungi mereka.

Walaupun tidak fasih berbahasa Malaysia atau Inggeris namun kebanyakan GRO diimport warga Thailand dan Vietnam ini laris dalam kalangan lelaki tempatan.

Mereka dikesan diperdagangkan untuk tujuan seks antara RM130 hingga RM220 bagi setiap sesi perkhidmatan ditawarkan.

Aktiviti tidak bermoral itu terbongkar apabila Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu enam pusat hiburan di ibu kota dan Klang, Selangor.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Khari Ahrasa berkata, dalam serbuan bermula jam 10.30 malam hingga 3 pagi semalam, polis berjaya menahan 120 wanita warga asing serta 23 penjaga premis.

“Seramai 58 wanita GRO diberkas adalah warga Thailand, Vietnam (44), Filipina (12), China (dua), Indonesia (seorang) serta tiga pondan Thailand ditahan.

“Dalam serbuan di enam premis itu, STAGG turut menahan 12 lelaki, seorang wanita tempatan, sembilan lelaki Bangladesh dan seorang lelaki warga Vietnam disyaki bekerja sebagai penjaga dan pekerja premis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Khairi berkata, mereka yang ditahan berusia 24 hingga 51 tahun dan pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM5,468.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 8:42 AM. http://www.hmetro.com.my/node/135290

ANDA TERLANJUR? TIADA DARA? DAPATKAN PRODUK PULIH DARA 
KLIK IKLAN DIBAWAH 
http://rahsia-dara.blogspot.my/

No comments: