BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Saturday 7 May 2016

Seronok mereka bila dapat menang di Sarawak, lupa mereka atas pengorban nyawa

Seronok mereka bila dapat menang di Sarawak. Terfikirkah mereka kemenangan di Sarawak telah mengorbankan nyawa dan di iringi dengan air mata kesedihan keluarga individu-individu yang terlibat dalam nahas Kemenangan besar tragedi helikopter Eurocopter AS350?


BN Sarawak jadi petunjuk penting JOHOR BAHRU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) semalam menjadi petunjuk kepada beberapa perkara penting khususnya terhadap pelan dan strategi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

 

Nahas Sebuyau : 8 Gambar Mayat Pertama Tragedi Helikopter Eurocopter AS350

Eurocopter AS350 yang dipercayai terhempas di Batang Sadong, Sebuyai telah berjaya dijumpai sekitar pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad memberitahu mayat mangsa yang dijumpai itu adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi iaitu Datuk Noriah Kasnon.
“Mayat mangsa akan dibawa naik ke darat dari lokasi penemuan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sebuyau,” katanya

Ahmad Sobri selamat dikebumikan
ISTERI Allahyarham Wan Mohammad Khair-il, Datin Mastura Yazid menabur bunga di Tanah Perkuburan Islam Al Ghufran Bukit Chandan, di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya


TANJONG KARANG: Jenazah suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 12, Sungai Burong di sini, jam 9.30 pagi tadi. Allahyarham Asmuni Abdullah, 52, dikebumikan berdekatan dengan pusara isterinya, Datuk Noriah Kasnon.
KUCHING: Tiga mangsa nahas pesawat Airbus Helicopter AS350 di Triso, Sebuyau masing-masing disahkan identitinya sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad dan Asmuni Abdullah yang juga suami Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Asmuni Abdullah. Satu lagi mayat disahkan sebagai Lans Koperal Ahmad Sobri Haron yang juga pengawal peribadi Noriah. 

Pengecaman identiti ketiga-tiga mereka dilakukan sepasukan pakar forensik Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini lewat malam tadi, selain turut dibantu waris masing-masing. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengesahkan perkara itu, jenazah ketiga-tiga mangsa diterbangkan ke Semenanjung menggunakan pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 2.30 pagi tadi dari Pangkalan Udara Kuching untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing. 

"Jenazah Datuk Wan Mohammad Khair-il dibawa pulang ke Kuala Kangsar, manakala Asmuni (Tanjung Karang) dan Sobri (Kuala Terengganu). "Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijadualkan bermula jam 6 pagi nanti akan bertumpu kepada pencarian mangsa terakhir iaitu juruterbang pesawat malang itu, Kapten Rudolf Rex Ragas," katanya. 

No comments: