BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 4 May 2016

Di Kota Bharu Kelantan, Gadis 19 tahun dinodai bergilir-gilir 3 lelaki

 TIGA tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan 
merogol wanita di sebuah rumah Jalan Kuala Besar.

Tiga nafi noda gadis 19 tahun
myMetro

Kota Bharu: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap tuduhan merogol seorang gadis, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zamri Hassan, 26, Amirul Ashraf Mohd Nor, 23, dan Wan Muhamad Azizu Wan Mohktar, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan, Zamri dan Wan Muhamad Azizu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Jalan Kuala Besar Kampung Che Latif di sini antara jam 12 tengah malam hingga 1.30 pagi, 9 September 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Amirul Ashraf didakwa meletakkan ketakutan kepada mangsa sama, sebelum merogolnya pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin, menawarkan jaminan RM10,000 kepada Wan Muhammad Azizu, manakala jaminan RM 11,000 kepada Zamri dan Amirul Ashraf.

Bagaimanapun, peguam bela, Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman, memohon jaminan minimum.

Mahkamah mengekalkan jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan dan menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 7:12 AM- http://www.hmetro.com.my/node/135246

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan cubaan rogol remaja perempuan
myMetro


                                                                  Gambar mangsa ketika dirawat di hospital (Fail).

Johor Baharu: Polis hari ini menafikan adanya kes cubaan rogol serta pukul ke atas seorang remaja perempuan di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang, dekat sini Khamis lalu.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata kes yang dikatakan rogol dan samun itu ialah kes mangsa dicederakan warga asing.

Baru-baru ini orang awam digemparkan dengan beberapa keping gambar seorang remaja didakwa dirogol dan dipukul beberapa orang warga asing yang tersebar luas di Facebook.

Abdul Samad yang mengesahkan kejadian berkata, tiada sebarang perlakuan cabul atau cubaan rogol atau samun daripada suspek terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu sebaliknya suspek mencederakan mangsa.

Melalui satu kenyataan di sini, beliau berkata bapa mangsa yang tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada kira-kira pukul 10 malam, memberitahu anaknya ditolak dan terjatuh ke dalam longkang yang kemudian dipijak beberapa kali sebelum beredar.

Abdul Samad berkata mangsa yang sedang berjalan kaki pulang selepas selesai bekerja, tiba-tiba telah ditolak dari arah belakang oleh suspek, seorang lelaki dipercayai warga asing.

"Mangsa cedera di belakang kepala, bibir selain bengkak pada bahagian dahi dan muka akibat terjatuh dan dipijak ke dalam longkang sedalam dua meter itu, dirawat di sebuah hospital swasta dan dibenarkan keluar Sabtu lalu," katanya.

Beliau berkata pihaknya kini giat memburu suspek serta menyiasat kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2015 @ 7:38 PM-http://www.hmetro.com.my/node/96277   
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANDA TELAH TERLANJUR DAN TIADA DARA? DAPATKAN PRODUK VITAL GOLD PULIH DARA NO 1 TERUJI KEBERKESANANNYA SEJAK DARI TAHUN 2005 -2016 KLIK LINK DIBAWAH:
http://warisanku2u.blogspot.my/

No comments: