BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Wednesday 6 April 2016

Kata Orang- orang Tua dulu-dulu Jika Ayam Jantan Berkokok Waktu Senja Maknanya Ada Anak Dara Mengandung Luar Nikah..

 
Benar atau tidak itu bukan satu persoalan, mungkin kebetulan ianya terjadi. dipendekkan cerita, suatu ketika dulu aku duduk di kampung nenek aku. Satu petang kira matahari mula terbenam dan senja mengundang malam, kedengaran ayam jantan rumah jiranku yang pulang ke reban berkokok tiga kali.

Waktu tu nenek baru nak mengambil wuduq ditepi perigi terhenti sejenak.Aku hairan bila nenek pasang telinga mendengar kokokkan ayam jantan tu,

"Sayu je bunyi ayam jantan tu berkokok, masuk ini dah tiga kali dan dah tiga senja nenek dengar" jelas nenek aku.


"Apa tandanya tu nenek bila ayam jantan kokok senja?' tanyaku ingin tahu.

"Entahlah... mungkin ada anak dara yang bunting sebelum kepelamin agaknya" beritahu nenekku.

" Yer ke nenek?' tanyaku,

"Tengok jelah nanti." jelas nenekku.

Mungkin kebetulan atau itu pertanda yang tuhan tunjuk masih lagi terfikir sebagai satu tanda tanya buatku.Kebetulan selepas seminggu peristiwa ayam berkokok senja tu, rumahku didatangi oleh jiranku dengan anak daranya. Tujuannya tak ku ketahui, hinggalah satu hari nenek bercerita padaku perkara sebenar. Jiranku mintak nenek gugurkan kandungan anak daranya yang dah berusia 2 bulan. Walaupun nenekku seorang bdan kampung dia memang tidak sanggup untuk melakukan perbuatan membunuh itu.

Panjang pulak cerita saya ni...

Perkara ini benar dan akhirnya jiranku terpaksa nikahkan anak daranya dengan anak sepupunya (kira pak sangguplah) untuk menutup maruah keluarga... Cerita ini dah bertahun lamanya zaman aku sekolah menengah dulu, masa tu aku baru berumur 15 tahun. Kira aku dah akilbaliq....

Sebenarnya kisah ayam berkokok senja ini ikut hukum agama tidak benar, hinggalah aku terbaca dalam sebuah buku berunsur agama tentang haiwan juga bertasbih, ungas dan burung yang berterbangan pulang kesarang tu berkicau riang di waktu hampir senja juga bertasbih mengucap syukur mengingati Allah sang penciptanya.

Begitu juga dengan kisah Ayam jantan berkokok senja sebenarnya ayam mudah nampak malaikat dan benda halus seperti syaitan.... Juga tuhan ciptakan ayam jantan berkokok tujuannya untuk menjadi pertanda waktu subuh hampir tiba secara tidak langsung mengejutkan kita semua banggun untuk bersolat.

Sebab itu orang tua-tua kita selalu tegur menyuruh anak-anak masuk kerumah sebelum senja kerana waktu senjalah syaitan keluar berkeliaran... ingatlah. Hari ini duduk dibandar-bandar besar atau di perumahan sukar untuk kita mendengar kokokkan ayam jantan seperti di kampung.

WAKTU SENJA MENRIBA MALAM... DI MANA KITA KETIKA ITU?

Ceritaku: Sutera Kasih... 7/4/2016

Copyrighted.com Registered & Protected 
YQMS-0PBB-URLB-M7RM

No comments: