BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Monday 21 March 2016

Hilangnya ayat-ayat suci Al-Quran, apakah ini bukti hari khiamat sudah hampir?

 Di Parit Buntar telah berlakunya, Surah Ar-Rahman dan Surah Al- Waqi'ah hilang dari al-Quran. Seorang naib khadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar terkejut dan tidak menyangka dua muka surah ayat suci al-Quran milik Masjid Hijau, Kampung Kedah lenyap sewaktu hendak membacanya.

 

 Mohamad Khori Jusuh memberitahu lebih kurang jam 11.05 pagi dia menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan berhajat untuk membaca surah Al-Waqiah sementara menunggu kehadiran pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.


Sewaktu dia mengambil dan membuka al-Quran tersebut yang terletak di bahagian mimbar masjid terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Al-Rahman dan permulaan ayat Surah Al-Waqiah yang hendak dibacanya hilang ketika membukanya.


Lebih mengejutkan, Mohamad Khori menjelaskan intipati sebahgian ayat al-Quran yang hilang terutama Surah Al-Waqiah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar pada hari kiamat. Sebahgian ayat dari Surah Al-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat 78, dan ayat dari Surah Al-Waqiah pula bermula ayat pertama sehingga ayat 16.

 

Mohamad Khori menjelaskan ini adalah pengalaman kali pertamanya yang di alaminya dan berharap perkongsian pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan al-Quran setiap masa.

Petikan daripada Sinar Harian 7.Mac.2016
 

Copyrighted.com Registered & Protected 
OJOQ-VJEB-X8BF-IAMD

Guests

No comments: