BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Friday 25 March 2016

Cinta tak kenal usia, jodoh Nasirah dan Ismail Lambak ketentuan Tuhan


Remaja 18 tahun bidas netizen yang sindir perkahwinannya

HANYA kerana perbezaan usia lebih 50 tahun, perkahwinannya dengan suami menjadi usikan netizen, sekaligus menimbulkan rasa tidak selesa buat si isteri, Nur Nasirah Nazri.

Nasirah yang baru berusia 18 tahun, mengahwini Ismail Lambak yang berusia 62 tahun.



Foto perkahwinan pasangan ini diviralkan oleh laman Facebook sebuah portal, namun kerana perbezaan usia yang ketara itu, kapsyen yang diletakkan pada gambar itu juga dilihat seolah-olah cuba mempersendakan mereka.


Perkahwinan kami berlangsung dengan cara yang betul dan sah' - Nasirah/Foto Facebook

Kesal dengan situasi itu, Nasirah meninggalkan komen di akaun Facebook berkenaan.


Kata Nasirah, walaupun usia jauh berbeza, namun perkahwinan dia dan suami berlangsung mengikut cara yang betul dan sah di sisi agama.

Malah Nasirah turut mempersoalkan kewajaran laman Facebook berkenaan berbuat demikian, sedangkan perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan mulia.

Netizen, biarpun ada yang dilihat seolah-olah cuba menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka, namun masih ramai yang positif dan memberi sokongan buat Nasirah.

Apa yang penting kata mereka, adalah menghalalkan perhubungan dan faktor usia sepatutnya tidak dijadikan isu.


http://jelita54.blogspot.com/p/produk.html


Copyrighted.com Registered & Protected 
6CIY-SLQY-FVV8-WOAY

Guests

No comments: