BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Monday 8 August 2016

Kaabah Masjidil-haram jadi sasaran Pokemon

Demam Pokemon Go sedang melanda seluruh dunia, malah bandar suci Mekah dan kawasan sekitarnya turut tidak terlepas daripada permainan berkenaan.


Beberapa  pihak berpendapat Pokemon Go mencemarkan kesucian Masjidil-haram dan masjid lain kerana ada karater diletakan di dalam rumah ibadah dan permainan itu juga boleh mengintip pemainya.

Sunday 7 August 2016

Rumah kata pergi, kubur kata mari,sudah tua pun masih jahat


KOTA BHARU - Seorang lelaki warga emas mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan menggalakkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun melakukan kelucahan melampau dengannya.

Dakwaan terhadap tertuduh yang layak bergelar seorang datuk dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Ismail Adam, 69, didakwa menggalakkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun juga anak kepada jirannya untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya di sebuah rumah beralamat di Kampung Belukar Muda, Gunong Bachok, pada jam 3.30 petang, 12 Mac lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai petani itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bertongkat masuk ke kandang salah dan tuduhan dibacakan dalam keadaan dia duduk di kerusi berbeza pada kebiasaan tertuduh yang sepatutnya berdiri ketika mendengar pertuduhan.

Pertuduhan pula dibacakan sebanyak tiga kali oleh jurubahasa mahkamah apabila bacaan kali pertama dan kedua gagal difahaminya.

Pada prosiding itu juga, Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin memohon tarikh sebutan untuk lantikan peguam dan tidak mencadangkan jaminan dengan alasan mereka tinggal berjiran.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 Julai depan dan tertuduh yang mempunyai isteri, tetapi tiada cahaya mata itu akan ditahan di penjara berikutan tiada jaminan dibenarkan. - Sinar


Friday 17 June 2016

Anih tapi benar penghadang solat masjid bergerak sendiri..

Viral - Misteri Masjid Baru Tedong, Serkam Melaka 2016.Kejadian aneh itu dirakam jam 2.30 pagi, 25 Mei lalu dan hanya disedari pihak pengurusan masjid dua minggu kemudian.rakaman video CCTV itu yang memaparkan pergerakan penghadang kayu solat jemaah lelaki dan wanita bergerak secara teratur dan rawak.


Viral - Kejadian aneh Misteri Masjid Baru Tedong, Serkam Melaka yang memaparkan pergerakan penghadang kayu solat jemaah lelaki dan wanita bergerak secara teratur dan rawak.

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyiasat kesahihan insiden dua penghadang kayu di Masjid Jamek Tedong, Serkam, Jasin, di sini, yang dilaporkan bergerak sendiri.
Katanya, ada keperluan untuk masyarakat mendapat penjelasan lanjut susulan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam ruang masjid itu memaparkan pergerakan paranormal yang mencetuskan tanda tanya.

"Saya sendiri sudah lihat rakaman video CCTV itu yang memaparkan pergerakan penghadang kayu solat jemaah lelaki dan wanita bergerak secara teratur dan rawak.

"Kita minta JAIM atau pihak berkaitan melakukan siasatan serta penjelasan, terutama dari sudut sains fizik untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.

"Mungkin ketika itu angin kuat, semua itu perlu disemak kerana dibimbangi memberi reaksi yang disalah erti pelbagai pihak," katanya.

Beliau mengulas rakaman CCTV berdurasi satu minit 48 saat itu yang dimuat naik Pengerusi Masjid Jamek Tedong, Datuk Akhbar Ali menerusi akaun Facebook miliknya dan mendapat perhatian pengguna media sosial.

Kejadian aneh itu dirakam jam 2.30 pagi, 25 Mei lalu dan hanya disedari pihak pengurusan masjid dua minggu kemudian. - BH

Monday 13 June 2016

Mengapa aku harus menduakan cinta


Ketika itu kami di dalam kereta selepas makan malam. Masing-masing membisu seribu bahasa. Ada SMS masuk, kala itu muka cuak tak dapat disorokkan lagi. Lekas-lekas saya baca dan padam. Kekasih saya sedang memandu di sebelah mulai syak sesuatu. Lalu tangannya pantas mencapai telefon bimbit. Alamak! Saya tak sempat pun berbuat apa-apa, sekadar berserah.

“Siapa SMS?”
“Tak ada siapa-siapa,” balas saya buat-buat selamba.
“Cakap betul-betul sebelum I campak telefon ni ke luar,” tangannya sudah berada di luar kereta.

Nak tak nak, terpaksa dibukakan cerita. “Kawan baru. Sama-sama join kelab sukan, dia base kat Sabah. Kawan je.”

Dia mula diam dan saya mula sakit hati. Sudah berkira-kira apa terkandung dalam hati dia. Pasti semuanya salah saya menduakan cintanya. Padahal saya mula membuka hati berkenalan dengan orang lain berpunca dari sikapnya sendiri.

Bukan mudah untuk kita mengakui kelemahan diri. Tetapi setiap berlaku, pasti ada penyebabnya. Bukan mahu mencari alasan memboloskan diri, lepas tangan atau meletakkan kesalahan kepada orang lain. Cuma sekadar berkongsi perasaan sekeping hati yang sanggup menduakan cinta. Kerana kali ini saya berkata-kata bagi pihak yang berlaku curang.



Pernahkah kamu mengalami situasi sama? Mungkin keadaan berbeza tetapi terperangkap dengan pertuduhan-pertuduhan seperti itu. Hinggakan ada yang mula termakan dengan dakwaannya. Diri kamu curang. Memang mudah kalau kita yang menangkap pasangan bermain kayu tiga, tetapi bagaimana pula kalau diri sendiri yang menduakan cinta?

1-   Sikap sambil lewaMemang kamu tidak punya alasan untuk memandang orang lain melainkan dia. Situasinya, kamu masih sayangkan dia tetapi mula sangsi dengan keseriusan sang kekasih. Satu rasa telah muncul. Tiada masa depan untuk hidup bersamanya. Sementelah dia sering bersikap sambil lewa terhadapmu. Segala-galanya di ambil mudah termasuk perihal perasaanmu. Sekiranya kamu merajuk, jangan harap dia akan mengalah. Seandainya seminggu kamu tak hubungi dia, seminggu jugalah dia menyepi.

2-   Semuanya penolakanApa sahaja kamu sarankan, akan dibangkang. Tiada hak langsung hendak bersuara. Kamu mula merasakan dicucuk hidung seperti lembu. Temu janji selalu di restoran kegemarannya. Pabila kamu suarakan teringin makan sushi misalnya, dia pasti menolak. Kalau pergi pun menyakitkan hati. Mukanya kelat. Makannya sikit tanda protes. Sudahnya selepas itu kamu tidak lagi meminta-minta. Malah beralah kerana menyampah dengan muka kelatnya itu.

3- Impian dia seorangJika merancang masa depan pun, keseluruhan impian bukan dibina bersama-sama. Keseluruhan masa depan datangnya dari kaca mata dia. Kahwin konsepnya begini begitu. Bulan madu kat Malaysia saja. Rumah nanti nak macam ni, macam tu. Kalau boleh nak anak dua tak mahu lebih. Semuanya tidak seperti kamu idamkan. Setidak-tidaknya cari satu titik tengah yang memuaskan hati kedua-dua pihak. Bukan sekadar aku, aku, aku…

4-   Keluarga tolak tepiUsia perkenalan sudah tiga tahun, mungkin sudah tiba masanya berkenal-kenalan dengan ibu dan bapa. Dia enggan. Okay, paling tidak, jom, berkenalan dengan kakak sekeluarga. Pun tak mahu. Hati mulai sangsi dengan kesungguhan dia. Apakah dirimu masih belum pilihan mutlaknya? Jadi, tidak salah sekiranya kamu juga punya pilihan-pilihan lain bukan? Bimbang juga jika sudah berumah tangga, keluargamu langsung ditolak tepi. Ciri-ciri sepertinya sudah ada.

5- MembosankanRutin kamu berdua jalani sama sahaja tanpa ada peningkatan. Sangat membosankan. Lama-kelamaan kamu sedari, pertemuan kamu sekadar makan malam dan pastinya mengikut jadual dia sahaja. Kamu mula menyarankan itu dan ini. Apa kata kita makan tengah hari di sini? Hujung minggu apa kata kita ke sana? Tetapi semuanya diberikan alasan, sibuk. Memanjanglah dia tak ada masa. Pada suatu masa, kamu telefon dia, boleh pula dia berada di Melaka dengan teman-teman. Sakit hati bukan kepalang kerana dia lebih mementingkan orang lain.

6-  Asyik dipersalahkanBoleh pula dia mendakwa kamu mementingkan diri sendiri. Katanya kamu tak pernah ambil tahu mengenai dirinya dan keluarganya kerana asyik bercerita mengenai diri sendiri. Padahal kamu fikir sudah cukup mengetahui perihal dia. Masih dirasakan ada kurangnya. Kamu sangat keliru. Takkan perlu bertanya, baru hendak buka cerita? Selama berdua-dua atau berjam-jam di telefon, cerita sajalah apa sahaja. Selama ini pun dia kata dia seronok sangat mendengar cerita-cerita kamu. Tak jemu-jemu katanya lagi. Salah siapa? Hmm, masa tu tengah sayang kot.

7-   Tiada romantisKalau dahulu kamu berdua sangat romantis. Saling meninggalkan lagu cinta di pesanan suara. Kemudian saling meninggalkan 'miss call' kerana itu tandanya rindu-rinduan. Kamu tak lupa bekalkan makanan buatnya dan dia tak lupa hadiahkan patung-patung comel. Namun, sejak akhir-akhir ini semuanya lenyap. 'Miss call' tiada langsung. Apatah lagi pesanan suara dan hadiah. Tiada langsung. Bukankah ini tipikal orang kita hanya romantis dan mahu bermanja-manja pada awal perkenalan sahaja?

8-  Teman mesraKamu sendiri pernah melihat kelibat si dia dengan perempuan lain. Menyirap darah kamu ketika itu. Kebetulan teman-teman ada di sisi. Malunya seandainya mereka nampak. Sayangnya, salah seorang daripada temanmu sudah menegur. Nasib baik mereka sangat bersimpati malah cepat-cepat mahu mengintip. Kamu perasan, si dia sudah sedar kamu melihat kelibatnya itu. Mereka hilang dalam sekelip mata. Tetapi si dia memberitahumu, mereka cuma teman sahaja dan tidak lebih, tidak kurang.

9-  Jiwa kosongKetika hati kamu dilanda resah gelisah, datang pula insan lain yang menunjukkan kasih sayang. Semuanya terzahir secara jujur. Semua yang kamu dambakan dari sang kekasih ada pada diri insan ini. Pada mulanya kamu sangat rimas dengan gangguan-gangguan perasaan dialami. Kamu sudah sedaya upaya melawan kehadirannya tetapi kekosongan yang dibiarkan lohong kekasihmu telah membuka pintu-pintu lain untuk didekati.

10-Pudarnya cintaKamu kurang pasti apa dirasakan si dia tetapi cinta di dalam hati kamu kian pudar. Setelah apa terjadi, telah dicuba sedaya-upaya untuk setia. Kamu perlukan masa untuk menggali semula perasaan di dalam. Ketika inilah dirasakan lebih baik menerima salam perkenalan daripada orang lain. Bukan mahu membanding-bandingkan mereka tetapi kamu sekadar mahu menguji. Apakah masih ada sisa kasih sayang untuk dipupuk semula?

sumber: http://www.gua.com.my/cinta/index.1.html 

Friday 10 June 2016

Wahai Suami Jangan Curang Dengan Isteri Kan Anu Kena Potong


PATTAYA - THAILAND. Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya sendiri kerana lelaki itu curang dengan kawan baiknya sendiri.

Wanita yang menjual ayam goreng bersama suaminya di bandar Pattaya pada mulanya mendengar khabar angin mengenai suaminya yang dikenali sebagai Somchai yang curang dengannya.

Namun kemarahannya membuak-buak apabila khabar angin itu adalah benar dan sedar dia ditipu oleh suaminya yang berlaku curang dengan rakan baiknya sendiri.

                                                 Paramedik menemui Somchai dalam keadaan berlumuran darah

Memetik Pattaya One, sebelum wanita itu memotong kemaluan suaminya dengan pisau, dia berpura-pura memaafkan suaminya dan melakukan hubungan seks bersama.

Ketika Somchai sedang berehat, wanita itu terus mencapai pisau dan mengelar kemaluan suaminya sehingga hampir terputus.

Bagaimanapun, wanita itu menelefon ambulans selepas melihat suaminya itu mengalami kecederaan serius.

Paramedik menemui Somchai dalam keadaan berlumuran darah sambil meletakkan pek ais di pangkal peha di tengah jalan.

Somchai kemudiannya dikejarkan ke Hospital Bang Lamung yang turut disertai isterinya.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya akan menunggu lelaki berkenaan pulih sebelum menjalankan siasatan lanjut. - Sinar
    

Sunday 29 May 2016

Hisap ibu jari kaki tanda bayi nak adik betul ke?

 
Benarkah Baby Hisap Ibu Jari Kaki Petanda Nak Adik Lagi? Ok sila baca untk tambah kn ilmu
Pernah dengar orang-orang tua cakap macam ni tak? “Ha tu anak awak hisap ibu jari kaki petanda nak adik lagi lah tu”. Kita yang dengar ni dok terfikir-fikir, eh baby waldan baru 5 bulan, takkan dah nak ada adik? huhuhu..jgn lagi...
Yang sebenarnya, baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. 



Dan sekiranya baby nak tumbuh gigi, cuba anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby kita. Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.


Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby kita, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka. Jom urut baby kita hari-hari. Mesti mereka gembira
Semoga bermanfaat.
Fuhh,terasa lega rasanya hati ni...

Thursday 12 May 2016

CYNTHIARA ALONA BUAT PENGAKUAN LEPASKAN PERAWAN DIUSIA 17 TAHUN



CYNTHIARA ALONA BUAT PENGAKUAN PECAH DARA DIUSIA 17 TAHUN

Dara adalah mahkota penting bagi status seorang gadis terutama dalam islam melambangkan kesucian.Namun bagi bangsa bukan beragama islam dara tidak penting. Bagi kalangan orang India juga masih mengekalkan kesucian seorang gadis.

Namun Artis seksi indonesia Cynthira Alina membuat pengakuan dia telah melepaskan keperawanannya diusia masih muda.Alona jujur mengakui bahawa kehidupannya bebas dan tanpa pantauan orang tua diluar negeri membuatkan dia bebas-sebebasnya melakukan apa saja yang dia sukai termasuk menyerahkan mahkota keperawannya kepada teman lelakinya.


"Dulu aku kuliah di Singapura, jauh dari orang tua dan bebas ngelakuin apa saja termasuk ML ama pacar waktu itu," ujar Cynthiara Alona sebagaimana dipetik dari majalah Detikhot.


Teman lelaki pertama Alona adalah Stephan Oelkers yang sekarang menjadi suami kepada model cantik Tiara Lestari. Alona dan Stephan diketahui pernah bersama selama 6 tahun ketika Alona masih kuliah di Singapura.

 Sayangnya diusianya sekarang ketika bekas teman lelakinya itu sudah berkeluarga, sedangkan Cynthiara Alona masih belum berkahwin. Kabarnya terakhir, Cynthiara Alona telah putus dengan tunangnya yang dijangka akan bernikah.

 Kehidupan Cynthiara Alona memang penuh dengan sensasi, setelah keluar dari penjara pada awal tahun 2013. Cynthiara dengan beraninya mengeluarkan kenyataan tentang dirinya sudah tiada dara.

 

 "Bohong kalau ada yang bilang Alona masih virgin, aku lepas keperawanan udah lama banget," jelas Alona kepada Wartawan Detik.

 Berita seperti ini mungkin tidak asing terutama bagi mereka yang sudah terbiasa dengan gaya hidup bebas. Tapi lain pula dengan mereka yang masih berusaha menjaga diri dan berkomitmen menjaga keperawannan sampai saat bernikah.



Tuesday 10 May 2016

Saya mengaku itu adalah saya, tapi gambar kemaluan itu bukan kepunyaan saya.

AHYA bersama Normah. FOTO ihsan Ahya

Kuala Lumpur: Anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29, tidak terkejut apabila gambar separuh bogel miliknya tersebar di laman web lucah.

Namun, Ahya yang pernah membintangi filem Tanda Putera menafikan gambar kemaluan yang dipaparkan adalah miliknya.

"Saya mengaku itu adalah saya, tapi gambar kemaluan itu bukan kepunyaan saya. Saya masih waras untuk tidak memuat naik gambar bogel di laman sosial.

"Lagi pula ini bukan kali pertama gambar saya disebarkan. Jadi, saya tidak kisah. Cuma sedikit kesal kenapa pihak terbabit mahu bersikap dengki terhadap saya," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, gambar peribadi milik Ahya itu disebarkan di laman web lucah bagi tatapan pengunjung golongan gay sejak kelmarin.

"Mama pun tahu perkara ini. Dia tidak melenting kerana tahu siapa saya sebenarnya. Cuma, di kalangan kawan-kawan saja mereka mahu saya mencari dalang itu.

"Diakui saya sering memuat naik gambar dengan menayang bentuk badan di laman Instagram dan Facebook. Sesiapa yang mengikuti saya pasti tahu. Tidak sangka pula ada pihak sanggup pergunakan untuk tujuan lain," katanya.

Sudirman Mohd Tahir:sudirman@hmetro.com.my.http://www.hmetro.com.my/node/112518
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 12:58 AM

Rakaman video aksi terlampau yang didalam tandas.Kemudian sebarkan dilaman sosial

Kuala Lumpur: Segelintir ‘lelaki gatal’ dikesan menjadikan tandas awam dan tandas dipusat hiburan sebagai lokasi strategik untuk merakam video bogel wanita secara sulit.

Golongan lelaki ini tidak hanya menggunakan kamera intip (spycam) malah turut menggunakan telefon pintar diletakkan di siling tandas awam atau pusat karaoke untuk merakam aksi terlampau itu.

Dalam kes terbaru, tiga wanita menjadi mangsa dalam tiga kes berasingan membabitkan suspek teman lelaki masing-masing.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Siew, 17, berkata, dia menjadi mangsa selepas mempelawa beberapa rakan lelaki ke rumahnya di Kepong di sini, untuk mengulangkaji pelajaran bersama.

Dalam kejadian jam 5 petang awal Mac lalu itu, rakannya meminta kebenaran menggunakan tandas di rumah mangsa sebelum meletakkan kamera di penjuru siling tandas.

“Saya tidak menyedari kejadian itu pada mulanya. Selepas dua minggu, saya mendapat tahu video rakaman saya mandi mula tersebar di laman sosial.

“Saya takut dan memaklumkan kepada ibu bapa. Mereka membuat laporan polis dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat penyebaran video yang dimuat naik di laman sosial itu,” katanya.

Dalam satu lagi kes berasingan, wanita yang mahu dikenali sebagai Mai, 20, mendakwa diperdaya teman lelaki yang merakam aksi asmara mereka di dalam tandas menggunakan telefon bimbit.

Menurutnya, kejadian berlaku minggu lalu selepas mereka berhibur di pusat karaoke di ibu kota.
“Saya menyedari tindakannya itu selepas menerima ugutan teman lelaki yang mahu menyebarkan video asmara kami.

“Saya tidak sangka perbuatan kami di dalam tandas tempoh hari dirakam. Berdasarkan rakaman itu, saya yakin, dia menyembunyikan telefon pintar di siling tandas,” katanya. Dia yang mahu memutuskan hubungan cinta membuat aduan di Pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA kelmarin.

Dalam satu lagi kes berasingan awal Mac lalu, wanita turut menjadi mangsa selepas menggunakan tandas awam di sebuah premis berhampiran pasar malam di Sentul di sini.

Mangsa berusia 20-an menyedari kewujudan kamera intip itu selepas menemui alat penyangkut pakaian mencurigakan di dalam tandas itu. Kamera intip berbentuk penyangkut baju itu sengaja diletakkan di bahagian bawah pintu tandas bagi merakam aksi pengunjung yang menggunakan tandas itu.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul berhubung kejadian itu.Sementara itu Ketua Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima tiga aduan berhubung kes merakam video aksi wanita di dalam tandas sepanjang Mac lalu.


Oleh Nabihah Kamalam@hmetro.com:
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 11:08 AM 
http://www.hmetro.com.my/node/45572

Nelsy Perez, 16, yang hamil tiga bulan dikebumikan hidup-hidup

 Nelsy Perez yang berusia 16 tahun, hamil tiga bulan ketika disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Honduras: Saudara-mara seorang remaja yang mati ketika hamil tiga bulan, memecahkan kubur serta kerandanya selepas mendakwa terdengar bunyi ketukan dalam keranda itu membuatkan mereka percaya remaja berkenaan masih hidup.

Remaja itu, Nelsy Perez, 16, dikejarkan ke klinik terbaring dalam keranda, berpakaian gaun pengantin yang sepatutnya dipakai untuk majlis perkahwinan dengan lelaki yang menjadi bapa bayi dalam kandungannya.

Namun, doktor menegaskan tidak menemui sebarang tanda remaja itu masih hidup.

Menurut saudara-mara remaja itu, mereka mendapati ada tanda pergelutan dengan panel kaca keranda pecah serta calar-calar pada jarinya.

Rakaman video kejadian itu yang berlaku awal Julai lalu, di Copan, barat Honduras, namun mula disiarkan stesen televisyen negara itu mulai semalam.

Rakaman itu menunjukkan orang ramai berkumpul di sekeliling kubur Nelsy ketika seorang remaja memecahkan konkrit kubur untuk menarik keluar kerandanya.

 Ahli keluarga memecahkan kubur selepas terdengar bunyi ketukan dari dalam kubur.

Menurut keluarga remaja itu, Nelsy yang tiga bulan hamil, tiba-tiba sakit dan mereka mengesyaki dia dirasuk lalu meminta pertolongan seorang paderi.

“Paderi memintanya menyebut tuhan tetapi dia enggan. Suara yang keluar dari mulutnya bukan suaranya,” kata bakal suami Nelsy, Rody Gonzales, kepada stesen televisyen Univision.

Mereka membawanya ke hospital dan beberapa jam kemudian doktor mengesahkan Nelsy meninggal dunia.

Sehari selepas dikebumikan, Gonzales melawat kuburnya dan terdengar ketukan dalam kubur dan pekerja di perkuburan itu juga mendengar ketukan.


Keluarganya yakin Nelsy sebenarnya masih hidup kerana selepas keranda dibuka, mereka mendakwa tubuh remaja itu tidak berbau busuk selain warna kulitnya tidak berubah.

“Dia tidak berbau busuk, tubuhnya kelihatan normal,” kata ibu saudaranya Gladys Gutierrez.
Doktor yang mengesahkan kematiannya, Claudia Lopez, berkata ujian menunjukkan Nelsy memang sudah mati.

“Kami membuat semua ujian yang menunjukkan remaja perempuan itu sudah meninggal dunia. Mereka memasukkannya ke dalam keranda dan membawanya kembali ke kubur,” katanya.

Keluarganya percaya jantung Nelsy berhenti sementara menyebabkan doktor mengesahkan dia sudah mati dan ketika dikebumikan, dia masih hidup.

Remaja itu dipercayai tersedar apabila jantungnya kembali berfungsi tetapi meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam keranda.

Sepupunya, Carolina Perez, berkata: “Selepas dia dikeluarkan dari keranda, saya dapati tubuhnya masih panas ketika disentuh. Malah saya dapat merasai degupan jantungnya yang lemah.

“Ada calar pada dahi dan jarinya seolah-olah dia cuba keluar dari keranda.”

Ibu remaja itu, Maria Gutierrez, amat yakin anaknya masih hidup ketika dikebumikan dan menyalahkan doktor yang mengesah serta menanda tangani sijil kematiannya. - The Guardian

Petikan:-
Artikel ini disiarkan pada :http://www.hmetro.com.my/node/73144. Rabu, 26 Ogos 2015 @ 5:32 PM

Hampir diperkosa ketika masuk ke tandas petrol pam petronas Rawang

Rawang: “Saya berhempas pulas bergelut dengan penjenayah ‘orang minyak’ memakai seluar dalam merah yang cuba memperkosa saya di dalam tandas sebuah stesen minyak,” kata mangsa, Ili Shahirah Mohd Diah, 30.


Dalam kejadian cemas jam 10 malam kelmarin, mangsa yang memiliki dua cahaya mata itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri ketika diserang di Bandar Baru Rawang.

Kejadian itu bagaimanapun menjadi viral di media sosial apabila gambar mangsa cuba melarikan diri sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Mangsa yang ditemui wartawan semalam berkata, kejadian berlaku ketika dia memasuki tandas wanita di stesen minyak itu untuk membuang air.

Menurutnya, terdapat dua wanita lain berada di dalam tandas ketika itu sebelum kedua-dua wanita itu keluar.

“Saya yang berada di dalam salah satu bilik tandas terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup dengan perlahan tidak lama kemudian.

“Saya mula rasa tidak sedap hati lalu segera buka pintu. Namun, saya terkejut apabila mendapati seorang lelaki berdiri di hadapan pintu dengan tidak memakai baju,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit didapati membuka seluar dan hanya memakai seluar dalam berwarna merah ketika itu.

“Saya sangkakan dia mungkin mabuk dan tersilap tandas, namun tiada bau alkohol pada badan suspek,” katanya.

Ila berkata suspek dengan pantas menolaknya masuk ke dalam tandas semula tetapi tidak berjaya kerana dia melawan.

“Lebih dua kali saya ditarik, namun saya tetap melawan dan akhirnya saya jatuh di lantai. Penjenayah kemudian cuba melipat tangan saya ke belakang. Bagaimanapun saya sempat berpaut pada lubang udara di tepi tandas dan menjerit.

“Dalam keadaan kelam-kabut saya berjaya membuka pintu tandas dan berlari keluar. Suspek yang mendapati saya terjatuh kemudian cuba mengejar,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian berlari ke arah belakang stesen minyak selepas dia menjerit meminta tolong.

“Susulan itu saya yang cedera ringan bertindak membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

 
RAKAMAN CCTV menunjukkan mangsa terjatuh ketika cuba melarikan diri.



Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 7:20 AM

Saturday 7 May 2016

Seronok mereka bila dapat menang di Sarawak, lupa mereka atas pengorban nyawa

Seronok mereka bila dapat menang di Sarawak. Terfikirkah mereka kemenangan di Sarawak telah mengorbankan nyawa dan di iringi dengan air mata kesedihan keluarga individu-individu yang terlibat dalam nahas Kemenangan besar tragedi helikopter Eurocopter AS350?


BN Sarawak jadi petunjuk penting JOHOR BAHRU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) semalam menjadi petunjuk kepada beberapa perkara penting khususnya terhadap pelan dan strategi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

 

Nahas Sebuyau : 8 Gambar Mayat Pertama Tragedi Helikopter Eurocopter AS350

Eurocopter AS350 yang dipercayai terhempas di Batang Sadong, Sebuyai telah berjaya dijumpai sekitar pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad memberitahu mayat mangsa yang dijumpai itu adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi iaitu Datuk Noriah Kasnon.
“Mayat mangsa akan dibawa naik ke darat dari lokasi penemuan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sebuyau,” katanya

Ahmad Sobri selamat dikebumikan
ISTERI Allahyarham Wan Mohammad Khair-il, Datin Mastura Yazid menabur bunga di Tanah Perkuburan Islam Al Ghufran Bukit Chandan, di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya


TANJONG KARANG: Jenazah suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 12, Sungai Burong di sini, jam 9.30 pagi tadi. Allahyarham Asmuni Abdullah, 52, dikebumikan berdekatan dengan pusara isterinya, Datuk Noriah Kasnon.
KUCHING: Tiga mangsa nahas pesawat Airbus Helicopter AS350 di Triso, Sebuyau masing-masing disahkan identitinya sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad dan Asmuni Abdullah yang juga suami Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Asmuni Abdullah. Satu lagi mayat disahkan sebagai Lans Koperal Ahmad Sobri Haron yang juga pengawal peribadi Noriah. 

Pengecaman identiti ketiga-tiga mereka dilakukan sepasukan pakar forensik Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini lewat malam tadi, selain turut dibantu waris masing-masing. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengesahkan perkara itu, jenazah ketiga-tiga mangsa diterbangkan ke Semenanjung menggunakan pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 2.30 pagi tadi dari Pangkalan Udara Kuching untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing. 

"Jenazah Datuk Wan Mohammad Khair-il dibawa pulang ke Kuala Kangsar, manakala Asmuni (Tanjung Karang) dan Sobri (Kuala Terengganu). "Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijadualkan bermula jam 6 pagi nanti akan bertumpu kepada pencarian mangsa terakhir iaitu juruterbang pesawat malang itu, Kapten Rudolf Rex Ragas," katanya. 

Tahukah Anda Darah Belangkas Berwarna Biru bernilai RM17,500 (USD5,000) seliter

 
Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.


Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.


Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.


Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

petikan dari :- https://www.facebook.com/randau.jak 

Friday 6 May 2016

Tragedi Kemalangan Motorsikal Pengakibatkan Penunggannya Putus....anunya........


Kemalangan mengerikan...

Bukan setakat kepala sahaja kena jaga pakai helmet ketika menunggang motorsikal , kepala burung pun kena jaga juga, kena pakai helmet, kalau tiada inilah jadinya....



Petikan dari:-https://www.facebook.com/randau.jak

Apakah hukum pulih selaput dara dalam Islam? Haramkah?

                                                                                                 gambar hiasan
Agama: 
Fuqaha sepakat hukum harus rawatan pulih dara Kemajuan teknologi memungkinkan pelbagai perkara boleh dilakukan dan dalam aspek perubatan ada kaedah untuk memulihkan selaput dara. 

Namun, timbul persoalan apakah tindakan itu dibenarkan kerana pasti banyak implikasinya nanti. Bagi memahami perkara itu, istilah pulih dara dalam perubatan tradisional dan pulih dara menurut perubatan moden adalah berbeza. 

Dalam perubatan tradisional, pulih dara bukan bermaksud mengembalikan atau mencantumkan kembali selaput dara yang telah lama terkoyak. Sebaliknya ia sekadar rawatan tertentu dengan herba bagi memperbaiki dan mengembalikan kesegaran faraj dan tubuh wanita hingga terasa seperti anak dara semula. 

Sudah tentu perubatan seperti ini tidak salah dan digalakkan bagi menjaga keharmonian rumah tangga serta mengakrabkan suami isteri. Bagaimanapun dalam istilah perubatan, memulihkan dara bermaksud menjahit dan mencantumkan kembali selaput dara sehingga ia menjadi seperti belum berkahwin atau belum melakukan hubungan kelamin. Prosedur seperti ini yang menjadi perbahasan dalam kalangan ulama. 

Harus mangsa rogol, kemalangan jahit selaput dara Fuqaha berbeza pendapat dalam menentukan hukum memulihkan dara mengikut keadaan jika dilakukan oleh mangsa rogol, bekas pelacur, penzina atau seorang isteri. 

Hukum ini dibahaskan fuqaha kontemporari dalam Persidangan Akademi Fiqh Islam kali ke-18 bertajuk Pembedahan Plastik: Apa Hukumnya? Resolusi persidangan merumuskan, harus menjahit selaput dara yang koyak disebabkan oleh kemalangan, rogol atau secara paksaan. Menjahit selaput dara yang koyak disebabkan oleh perlakuan lacur tidak harus dari segi syarak, demi menutup pintu kerosakan dan penipuan. 

Persidangan yang diadakan di Putrajaya itu juga menggariskan panduan dan syarat umum pembedahan selaput dara serta pembedahan kosmetik secara umum. Pembedahan hendaklah satu maslahat yang diperakui oleh syarak seperti mengembalikan semula fungsi, memperbaiki kecacatan dan mengembalikan semula kejadiannya ke bentuk asalnya. Pembedahan itu tidak membawa kepada kemuda-ratan yang mengatasi maslahat diharapkan. Perlu doktor berkelayakan Doktor yang melakukan pembedahan hendaklah seorang yang pakar dan berkelayakan. Jika tidak, dia akan menanggung sebarang tanggungjawab. Pembedahan hendaklah mendapat keizinan pesakit (yang memohon pembedahan). Doktor (pakar) hendaklah sentiasa melakukan pemantauan (kepada orang yang akan dibedah) dengan bahaya dan komplikasi dijangka berlaku atau berkemungkinan berlaku daripada pembedahan itu. 

Sudah tidak ada rawatan lain yang memberi sedikit kesan dan kesakitan kepada tubuh badan selain daripada pembedahan. Hendaklah dipelihara aturan cara berubat dari sudut mematuhi tidak berlaku khalwat, hukum hakam membuka aurat dan sebagainya, kecuali kerana darurat atau keperluan yang mendesak. 

Kesimpulannya, tidak terdapat hukum qatie (muktamad) terhadap perbuatan mengembalikan dara. Tetapi berdasarkan kemaslahatan tertentu fuqaha memutuskan keharusan mengembalikan dara bagi kes wanita menjadi mangsa rogol bagi menutup aib. Ia juga memberi peluang kepadanya untuk memulakan hidup baru. 

Haram jika ada unsur penipuan Begitu juga wanita yang kehilangan dara disebabkan aktiviti lasak seperti bersukan atau kerana terbabit dalam kemalangan. Bagaimanapun, fuqaha dalam persidangan itu mengharamkan pemulihan dara jika boleh menimbulkan kemudaratan kepada wanita atau tujuan menggalakkan penipuan serta maksiat. 

Golongan yang diharamkan menjalani prosedur itu ialah pelacur yang melakukan perzinaan untuk menyara hidup. Memulihkan dara bagi golongan ini mungkin dilakukan untuk melariskan diri atau menipu bakal suami. 

Perempuan yang berzina secara suka rela, mengharuskan pemulihan dara kepada golongan ini hanya menggalakkan mereka meneruskan kegiatan perzinaan. Berdasarkan itu, perempuan pelacur dan penzina tidak harus memulihkan dara. 

Pendapat Mufti Mesir Bagaimana jika wanita itu pernah menjadi pelacur atau berzina tetapi bertaubat dan ingin berkahwin dengan lelaki yang baik? Mufti Besar Mesir, Dr Ali Jemaah menfatwakan, wanita yang hilang dara atas apa sebab sekali pun harus menjalani pemulihan dara sebelum berkahwin. Beliau dalam hujah mengharuskan pemulihan dara gadis malang itu berkata bahawa agama Islam menyeru kepada penutupan keaiban. 

Jika tindakan gadis yang telah hilang dara memulihkan daranya atas apa juga sebab dianggap boleh menyebabkan penutupan aibnya, maka Islam mengharuskan perbuatan itu. Menurut beliau lagi, gadis itu tidak perlu memberitahu tunangnya bahawa dia telah hilang dara. Perkara yang sama boleh diperlakukan ke atas wanita yang telah berzina di mana tidak harus baginya memberitahu suaminya bahawa dia telah berzina. 

Beliau seterusnya menegaskan perbuatan seperti itu dibenarkan untuk menjaga kesatuan keluarga dan membolehkan wanita yang telah melakukan kesalahan supaya bertaubat. Ia bukan sama sekali untuk menipu dan memperdaya. Untuk Rawatan Secara Tradisional sila klik iklan produk di bawah ini untuk mendapatkan produk no 1 diyakini telah menyelamat ramai gadis-gadis yang tiada dara....
Dapatkan produk pulih dara no 1 telah teruji keberkesanannya semenjak dari tahun 2005 sekarang. Klik link ini:- http://rahsia-dara.blogspot.my/


Copyrighted.com Registered & Protected 
JXAE-UNYN-UEW9-PRFF

Thursday 5 May 2016

Peringatan Jangan Letak Gambar Anda Di Laman Sosial sebab....

Nah peringatan buat gadis-gadis dan bini-bini orang di luar sana termasuk lah bini aku dan adik-adik aku sendiri..


                                                                                     Sekadar gambar hiasan
 
Jangan asik nak post sangat gambar selfie awak-awak tu kat LAMAN SOSIAL... nanti tak  pasal-pasal jadi bercerai berai bagi perempuan yang dah berkawin... bukan susah pun zaman sekarang ni nak buat bagi perempuan suka kat laki... buat mcm ni ja..

Save pic perempuan tu yang di ambik dari laman sosial perempuan tu... print gambar tu... bawak gambar  perempuan tu pergi jumpa bomoh... 



                                                                                   Sekadar gambar hiasan

  Esok kau tunggu ja perempuan tu sendiri pm kau ajak jumpa.. katanya Rindu kat kau...

Dengar mcm tak logik kan ? Tapi itulah kebenaran nya dengan apa yang pernah berlaku dan apa yang aku sendiri saksikan... kesian member aku sedih bini dia lari ikut jantan lain.. dengan tiba-tiba tngah mesra-mesra dengan bini dia, bini dia boleh lari pergi ikut jantan lain.... ni la punca...


petikan dari:- https://www.facebook.com/pagejalanjalancarimakandikedah/

Kisah kemalangan SEDIH... Ibu sanggu menyusukan bayinya yang lapar sebelum menghembuskan nafas terakhir


Kisah kemalangan SEDIH... Ibu sanggu menyusukan bayinya yang lapar sebelum menghembuskan nafas terakhir cermin hadapan kereta retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saa fikir pemandunya menemui ajal disitu juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang parah. Wajahnya habis berlumuran darah.

Dahunya terkopek sehngga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada pemuka kereta dtambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.

Ajaibnya kuasa tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecik yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba mengambil dan mahu menyelamatkan bayi tersebut, ibunya yang terketar-ketar
menggigil sambil memberi isyarat supaya anggota bomba itu memberikan bayi itu kepadanya.

Rupa-rupanya si ibu mahu menyusukan bayinya. Si ibu menyelak baju dengan sedaya upaya dan menyusukan bayinya. Si ibu memeluk bayinya dengan penuh sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecik itu senyap dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan si ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa Allah si ibu tiba-tiba tercungap-cungap seperti sesak nafas, tanda ajalnya semakin hampir.
Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Betapa pilunya situasi itu sehingga meragut ketenangan anggota bomba tadi.

Itulah kasih sayang seorang ibu.Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu.... menyusukan anak di saat-saat akhir hidupnya.

Inilah ibu wahai anak, tidak sanggup melihatmu berlapar walau nyawa ibu semakin hampir menemui ajalnya.

kredit: SUPERPOWER83

Wednesday 4 May 2016

Di Kota Bharu Kelantan, Gadis 19 tahun dinodai bergilir-gilir 3 lelaki

 TIGA tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan 
merogol wanita di sebuah rumah Jalan Kuala Besar.

Tiga nafi noda gadis 19 tahun
myMetro

Kota Bharu: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap tuduhan merogol seorang gadis, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zamri Hassan, 26, Amirul Ashraf Mohd Nor, 23, dan Wan Muhamad Azizu Wan Mohktar, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan, Zamri dan Wan Muhamad Azizu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Jalan Kuala Besar Kampung Che Latif di sini antara jam 12 tengah malam hingga 1.30 pagi, 9 September 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Amirul Ashraf didakwa meletakkan ketakutan kepada mangsa sama, sebelum merogolnya pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin, menawarkan jaminan RM10,000 kepada Wan Muhammad Azizu, manakala jaminan RM 11,000 kepada Zamri dan Amirul Ashraf.

Bagaimanapun, peguam bela, Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman, memohon jaminan minimum.

Mahkamah mengekalkan jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan dan menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 7:12 AM- http://www.hmetro.com.my/node/135246

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan cubaan rogol remaja perempuan
myMetro


                                                                  Gambar mangsa ketika dirawat di hospital (Fail).

Johor Baharu: Polis hari ini menafikan adanya kes cubaan rogol serta pukul ke atas seorang remaja perempuan di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang, dekat sini Khamis lalu.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata kes yang dikatakan rogol dan samun itu ialah kes mangsa dicederakan warga asing.

Baru-baru ini orang awam digemparkan dengan beberapa keping gambar seorang remaja didakwa dirogol dan dipukul beberapa orang warga asing yang tersebar luas di Facebook.

Abdul Samad yang mengesahkan kejadian berkata, tiada sebarang perlakuan cabul atau cubaan rogol atau samun daripada suspek terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu sebaliknya suspek mencederakan mangsa.

Melalui satu kenyataan di sini, beliau berkata bapa mangsa yang tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada kira-kira pukul 10 malam, memberitahu anaknya ditolak dan terjatuh ke dalam longkang yang kemudian dipijak beberapa kali sebelum beredar.

Abdul Samad berkata mangsa yang sedang berjalan kaki pulang selepas selesai bekerja, tiba-tiba telah ditolak dari arah belakang oleh suspek, seorang lelaki dipercayai warga asing.

"Mangsa cedera di belakang kepala, bibir selain bengkak pada bahagian dahi dan muka akibat terjatuh dan dipijak ke dalam longkang sedalam dua meter itu, dirawat di sebuah hospital swasta dan dibenarkan keluar Sabtu lalu," katanya.

Beliau berkata pihaknya kini giat memburu suspek serta menyiasat kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2015 @ 7:38 PM-http://www.hmetro.com.my/node/96277   
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANDA TELAH TERLANJUR DAN TIADA DARA? DAPATKAN PRODUK VITAL GOLD PULIH DARA NO 1 TERUJI KEBERKESANANNYA SEJAK DARI TAHUN 2005 -2016 KLIK LINK DIBAWAH:
http://warisanku2u.blogspot.my/

Tuesday 3 May 2016

Vedio viral facebook kolam memancing ada gadis seksi,Kepada para isteri yg mempunyai suami kaki pancing, berhati2

Kepada para isteri yg mempunyai suami kaki pancing, berhati2 la apabila suami anda ingin keluar gi memancing, takut kalau2 dia gi memancing kat kolam ikan hok nih...korang kene pantau tau.. org lelaki nih bukan buleh caye sangat.
#https://www.facebook.com/ratu.perang.79



ANDA TERLANJUR? TIADA DARA? DAPATKAN PRODUK PULIH DARA 
KLIK IKLAN DIBAWAH
http://rahsia-dara.blogspot.my/

Warga tempatan memburu GRO-'K-Pop' untuk kepuasan nafsu

GRO 'K-Pop' jadi buruan warga tempatan
 myMetro
 
Kuala Lumpur: Rambut ikal mayang dan tampil jelita tidak ubah seperti artis K-Pop. Itu antara tarikan beberapa pusat hiburan yang menganjurkan pertandingan ratu cantik ‘K-Pop’ membabitkan pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Kumpulan GRO ‘artis’ yang menawarkan khidmat seks ini didapati didandan rapi selain dihantar ke salun dan diberikan pakaian mahal oleh ‘bapa ayam’ yang melindungi mereka.

Walaupun tidak fasih berbahasa Malaysia atau Inggeris namun kebanyakan GRO diimport warga Thailand dan Vietnam ini laris dalam kalangan lelaki tempatan.

Mereka dikesan diperdagangkan untuk tujuan seks antara RM130 hingga RM220 bagi setiap sesi perkhidmatan ditawarkan.

Aktiviti tidak bermoral itu terbongkar apabila Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu enam pusat hiburan di ibu kota dan Klang, Selangor.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Khari Ahrasa berkata, dalam serbuan bermula jam 10.30 malam hingga 3 pagi semalam, polis berjaya menahan 120 wanita warga asing serta 23 penjaga premis.

“Seramai 58 wanita GRO diberkas adalah warga Thailand, Vietnam (44), Filipina (12), China (dua), Indonesia (seorang) serta tiga pondan Thailand ditahan.

“Dalam serbuan di enam premis itu, STAGG turut menahan 12 lelaki, seorang wanita tempatan, sembilan lelaki Bangladesh dan seorang lelaki warga Vietnam disyaki bekerja sebagai penjaga dan pekerja premis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Khairi berkata, mereka yang ditahan berusia 24 hingga 51 tahun dan pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM5,468.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 8:42 AM. http://www.hmetro.com.my/node/135290

ANDA TERLANJUR? TIADA DARA? DAPATKAN PRODUK PULIH DARA 
KLIK IKLAN DIBAWAH 
http://rahsia-dara.blogspot.my/