BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Thursday 17 January 2013

Mengisap Shisha,main daun trup, pakai tudung berbaju kurung inikah imej anak gadis sekarang tiada sopan di khalayak ramai...

 Dengan selambanya adegan sungguh memalukan..Sedut jangan tak sedut...

Siapa bilang gadis Melayu tidak menawan, di antara gadis-gadis seluruh dunia, tiada yang menarik serta menawan, tambah lagi bila bertudung dan berbaju kurung, terlihat kesopanan mereka lemah lembut membuat hati tergodal. SAYANGNYA bagaimana jika ini yang berlaku.

Cerita ini bukan sengaja diada-adakan untuk menarik minat pembaca cuma sebagai manusia seperti saya yang serba kekurangan dalam kebaikan bila terpandang sekumpulan gadis yang saya kira usia lingkungan 20an di suatu sudut meja di bawah pokok sebuah restoran, berpakaian tudung dan berbaju kurung pada mula kehadirannya sungguh menawan bersopan gayanya tiba-tiba menempah minuman, sebotol shisha dan membuka daun terup bermain dikhalayak ramai sungguh memalukan.

Kalau ya pun nak tunjuk kenakalan janganlah berpakaian nampak baik bersopan, pernah daya lihat anak gadis berseluar jean ketat ber T shirt ketat menghisap shisha, pastinya tidak menghairankan orang yang memandang. 

Jika di lihat sekeliling tempat duduk mereka ramai orang sedang menjamu selera tidak kita yang tua mahupun yang muda. Anak siapa geranganya dan dari kampung mana dia datang? Apa akan jadi mereka ini akhirnya? Layakkah menjadi seorang isteri salehah? 
 Berkepul-kepul asap shisha ke udara

Kalau ya pun nak enjoy, balik rumah tukar pakaian, jangan nampal sangat cara sebegini menunjukkan imaj buruk seorang gadis, apa akan berlaku tanggapan orang lain yang bukan Islam terhadap gadis bertudung yang lain? Pastinya mereka kata semuanya sama saja.Kita haraplah sangat jangan ada lagi manusia berstatus kaum hawa seperti ini. 

Bagaimanalah agaknya jika mak ayah mereka ternampak atau mungkin saudara mara dari kampung ternampak?

Gambar ini saya rakam dgn hp pada jam 11.37 malam 17/1/2013 di salah sebuah restoran mamak. 



1 comment:

Mrs.Wanida said...

Saya pon pernah jumpa situasi yang sama..