BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Monday 1 August 2011

Jue Aziz Sibuk Berlakon Tapi Tidak Tamak


Ketika saya terserempak dengan Jue yang sedang bercuti di salah sebuah pusat peranginan di Kuala Terengganu, sempat juga bertanyakan kabarnya dalam dunia hiburan. Kata Jue , dia sedang menghabiskan cutinya setelah selesai menjalani penggambaran cerekarama berjudul Tasbih Cinta Khadijah.Dalam cerekarama itu Jue yang memegang watak utama sebagai Khadijah seorang isteri yang baik, sabar atas perbuatan suami yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga sehingga berlaku pergolakan dalam rumah tangga mereka.( lakonan Aqasah ).

Sebagai seorang pelakon, Jue tidak banyak kerenah tentang apa saja watak, pastinya Jue akan menggalasnya dengan penuh tanggungjawab.Jue ketika ini walaupun sempat bercuti, dia menjelaskan jadual lakonannya agak padat sehingga bulan Ramadhan dan dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon antaranya drama episod atas sebab dia mahu memberi sepenuh perhatian pada setiap lakonannya.
"Jika Jue ambil semua peluang,mungkin itu rezki, bukan menolak rezeki tetapi ada kemungkinan Jue gagal memberi komitment terhadap lakonan, jadi ada baiknya Jue selesaikan satu-satu dulu dengan selesa." jelasnya ketika ditanya kenapa dia menolak beberapa peluang lakonan terutama drama berepisod.

Katanya lagi, dia tidak mahu disebut sebagai pelakon bersikap tamak, dia lebih selesa menyelesaikan satu-satu lakonan kerana mahu melakukan yang terbaik  buat peminatnya yang selama ini memberi sokongan padu terhadapnya.Jue sudah tiga tahun solo setelah putus cinta dengan kekasihnya Jehan Miskin, masih belum memikirkan soal untuk mencari pengganti, sebaliknya mahu memberi sepenuh perhatian pada bidang seni yang merupakan periuk nasinya. jelasnya lagi ketika diajukan soal pasangan dan cinta.
"Buat masa ini Jue malas nak fikir soal pasangan, cinta dan perkahwin.Jue nak tumpukan soal lakonan dulu, selagi  Jue ada peluang." itu ujarnya.

No comments: