BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Tuesday 23 August 2011

Cerpin: Emak Mana, Emak?


Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.



Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Nukilan : Kanata Kurosu
Nama sebenar:Fatin Athirah Puteh
Menetap di: - Tanah Merah
Berasal dari: Kampong Bunohan, Kelantan
Kerjaya: Menuntut di tingkatan lima
Usia: 17 tahun
Sekolah: smkdmpr2
Email / Facebook: fatin.athira17@gmail.com
Blog: http://kanata-kurosu.blogspot.com/

Di Mana Sayang

Artikal ini pada mula ditulis oleh Farah Fafa dalam FB nya, saya tertarik hati lantas saya sembang dengannya. walaupun baru je kenal, Farah tak sombong... so saya minta izin nak ambik artikal ni untuk di abadikan dalam blog saya, dia setuju. So saya designlah macam ini.Inilah hasilnya... Terima kasih Farah...

Dimana Sayang..
Ginjal tanya Jantung.. "sayang di mana?" Jantung jawab tak tahu.. Jantung pun tanya Paru-paru.. ''sayang di mana?'' ... Paru-paru cakap tak tahu.. Paru-paru tanya hati.. ''sayang di mana?'' Hati pun jawab.. sayang ada kat sni.. Ginjal, Jantung dan Paru-paru hairan.. Kenapa sayang ada di Hati? Hati jawab.. Hati dipilih oleh Allah untuk memiliki sayang.. Kerana sayang, Hati rela menangis, Hati rela di lukai.. Dan kerana sayang, Hati rela berkorban...





Kiriman:
oleh: Farah Fafa:
smk dato mahmud paduka raja 1:
farah.asyikeen@yahoo.com

Saturday 20 August 2011

Farah Fauzana Tanpa Mekap!

Farah Fauzana Tanpa Mekap!

Wednesday, February 3, 2010
Sumber imformasi: http://www.penguin.com.my


Siapa yang tidak kenal Farah Fauzana atau Fafau kan? Imej rupa paras juga perlu dijaga. Melihatkan gambar-gambar tersebut, kami turut bersetuju dengan komen peminat terbabit. Iyelah, Fara kan antara nama yang cukup gah di Malaysia ini, so penampilan juga perlu dijaga, maka tidaklah nampak selekeh di pandangan peminat. Betul tak? At least mekaplah sikit walaupun bukan mekap tebal. Tak salah kan?

Saturday 13 August 2011

Kembar Siam


Kembar adalah sejenis kelahiran berganda, iaitu, apabila seorang wanita melahirkan bayi lebih daripada satu pada masa yang sama. Kembar berlaku apabila lebih daripada satu telur disenyawakan atau telur yang sama disenyawakan lebih daripada sekali oleh satu atau dua sperma, yang membawa kepada pembentukan lebih daripada salah satu janin.

Kembar Siam adalah kembar seiras yang bercantum di dalam badan. Kembar Siam adalah kembar monozygotic, dalam erti kata bahawa mereka berkongsi zigot yang sama. Kadang-kadang, mereka juga berkongsi beberapa organ-organ dalaman yang penting. Pembentukan kembar bergabung dipercayai hasil berkembar lewat. Apabila berkembar yang berlaku lebih daripada dua belas hari selepas persenyawaan telur, ia boleh membawa kepada pembentukan kembar bergabung kerana embrio tidak boleh berpecah sepenuhnya. Ini mungkin disebabkan faktor genetik atau persekitaran.

Kembar Siam juga dikenali sebagai kembar Siam, yang dinamakan selepas kembar terkenal bergabung Eng dan Chang Bunker dari Siam. Bergabung kelahiran kembar yang sangat jarang berlaku, berjumlah kira-kira satu kelahiran dalam setiap 1,00,000 kelahiran. Mary dan Eliza Chulkhurst, terkenal yang disebut sebagai pembantu rumah biddenden, adalah salah satu daripada set yang paling awal diketahui kembar bergabung. Nisbah set lelaki dan perempuan kembar bergabung didapati 00:57, dan mereka berada di negara-negara tertentu seperti India atau Afrika.

Kembar Siam jarang kekal kerana kerumitan badan-badan. Kebanyakan mereka yang lahir mati atau mati dalam masa 24 jam selepas lahir. Kembar Siam boleh dipisahkan dengan pembedahan jika tiada organ-organ penting yang terlibat. Terdapat pelbagai jenis kembar bergabung, bergantung kepada bahagian badan di mana mereka menyertai. Ini adalah cephalopagus, craniopagus, craniothoracopagus, dicephalus, iscopagus, omphalopagus, parapagus, pygopagus dan thoracopagus. Terdapat juga beberapa jenis jarang kembar bergabung, seperti kembar parasit (di mana salah satu kembar tidak sepenuhnya terbentuk dan bergantung kepada kembar yang lain untuk mengekalkan kehidupan), dan janin dalam fetu (di mana janin salah satu kembar itu adalah hadir di dalam badan yang lain berkembar).

Sesetengah orang menganggap pemisahan kembar bergabung sebagai tidak beretika jika ia melibatkan kematian atau hilang upaya salah satu yang kembar. Kembar Siam, jika mereka hidup, boleh menjalani kehidupan yang sihat. Terdapat keadaan di mana kembar bergabung telah pun berkahwin dan menjadi ibu bapa. Kembar Siam yang terkenal, Chang dan Eng Bunker, bapa kepada 21 kanak-kanak dalam tempoh 31 tahun.Twins menyediakan maklumat terperinci mengenai Twins, Twins yang serupa, Bayi Twin, Twins Siam dan banyak lagi.

Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Peter_Emerson

Tuesday 9 August 2011

Bila Hujan dan Banjir Melanda


Beginilah kalau cuaca tak menentu, bila hujan lebat melanda. Bukan saja banjir melanda malah tanah runtuh pun kerap berlaku terutama kawasan cerun.
 Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Tinggi ,cemeron higland yang melibatkan perkampungan orang asli dan yang menyedihkan ianya mengakibatkan kehilangan nyawa beberpa orang penduduk perkampungan tersebut. Tanah runtuh ini berlaku akibat aliran air yang tidak menentu menuruni kawasan cerun dan menyebabkan tanah tinggi menjadi lumpur lembut dan runtuhan berlaku.
Apapun semua ini putaran alam kehendak yang Maha Kuasa, kita kena terima hakikat. Namun semua itu ada sebabnya. Kita tahu dunia semakin tua dan beberapa gejala ancaman terhadap bumi diakibatkan oleh manusia ianya salah satu penyebab penyumbang dan mengundangnya permasalahan putaran alam yang tidak menentu.Untuk dapatkan ramalan cuaca di setiap negeri di Malaysia dan duni anda boleh kllik photo di bawah untuk link ke Jabatan Meteorologi Malaysia atau klik di sini {sini}



Kuala Lumpur
Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kuala Lumpur

Selasa, 09/08/2011

Ribut petir
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Ribut petir
Malam : Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 34 °C

Rabu, 10/08/2011

Hujan sementara
Petang
Pagi : Mendung
Petang : Hujan sementara
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 34 °C
Khamis, 11/08/2011

Hujan sementara
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Hujan sementara
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 34 °C
Jumaat, 12/08/2011

Hujan sementara
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Hujan sementara
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 34 °C
Sabtu, 13/08/2011

Ribut petir
Petang
Pagi : Mendung
Petang : Ribut petir
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C
Ahad, 14/08/2011

Ribut petir
Petang
Pagi : Mendung
Petang : Ribut petir
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C
Isnin, 15/08/2011

Ribut petir
Petang
Pagi : Mendung
Petang : Ribut petir
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C
Maklumat lengkap ramalan cuaca di: http://www.met.gov.my/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1