BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Tuesday 5 July 2011

Tak Akan Ku Tangisi Pemergianmu

Semalam saya menerima satu email dari seorang gadis yang mahu dikenali dengan panggilan Ina. Dalam emailnya tertulis coretan dibawah ini.Dia minta sangat saya siarkan di muka halaman blog saya. Katanya khas untuk bekas kekasihnya.Sama-sama kita hayati coretan Ina di bawah ini:- 

28hb.June.2011 sewaktu aku begitu ceria menyanbut hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 21, tiba-tiba aku dikejutkan dengan sms dari sidia yang selama ini aku anggap seorang lelaki yang terlalu menyanyangiku, mencintaiku dan pernah terungkap dari bibirnya mengatakan aku adalah pilihannya selagi hayat dikandung badan. 
Sayangnya sms yang ku terima sewaktu aku begitu ceria menanti kehadirannya untuk sama-sama menyambut ulang tahun hari kelahiranku berakhir dengan amat sedih. Sanggup kau mengungkap perkataan perpisahan padaku. Tak pernah aku terfikir langsung ini akan berlaku sedangkan selama 3 tahun kita bersama tidak pernah kita berselisih faham. Malah semua rakan-rakanku menyaksikan, memuji dengan sikap yang kau tunjukan , kejujuran, kesetiaan dan kasih sayang yang kau abadikan untuk terlalu sukar untuk ungkap ketika ini.

"Asalammualaikum Ina sayang, mungkin ungkapan sayang ini adalah terakhir dariku sebelum aku melangkah jauh pergi darimu Ina. Sayang, maafkan aku jika kau tersiksa dengan keputusan ku ini. Aku sedar yang engkau tidak boleh menerima hakikat ini. Ina, sewaktu kau membaca sms ini, aku telahpun tiada di Malaysia lagi. Aku terpaksa pergi dari sini. Bukan kerana aku tidak menyayangi kau lagi , tetapi semua ini adalah kerana kesilapan aku yang tidak mungkin dapat aku jelaskan apa sebenarnya. Sewaktu kau membaca sms ini, bererti inilah sms akhir dariku untuk kau Ina. Dan ketikan ini nombor handppone ini telah pun ku tamatkan talinanya. Maafkan aku Ina, aku terpaksa putuskan hubungan percintaan kita yang sekian lama ini terjalin tanpa rasa sakit hati. Dan jika ketika ini jika kau sakit hati dengan keputusanku, aku hanya mampu ucapkan maafkan aku sayang...."

Apakah sebenarnya? Sayang pergilah, aku merelakannya ,walau derita hati ku tanggung sendiri..... Aku tidak mampu untuk menahanmu sekalipun hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasanku ketika ini....

Jika kita baca coretan ini...kita mungkin tidak mengerti apakah sebenarnya yang terjadi...Apa boleh buat jika takdir menentukan segalanya....Jodoh pertemuan ditangan tuhan, kita hanya mampu merancang....


1 comment:

kubigomofm said...

blog ini tidak membosankan dan saya suka