BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Sunday 24 July 2011

Madu Tiga bahgiakah?


Hari ni kalau sebut saja pasal perkahwinan sudah pasti terpaksa menyediakan belanja yang cukup besar. Jika dikampong mungkin kos perkahwinan antara 8k ke 10k. Apa lagi kalau di bandar-bandar, dikota-kota besar seperti Kuala Lumpur, kos perkahwinan mencecah rm30k. Itu bagi mereka yang berpendapatan kurang dari rm3k sebulan, dikira golongan kurang berkemampuan. Kita ambil kira kos hantaran, setidak-tidaknya untuk meminang seorang anak dara yang kita sudah berkenan, kita perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM10k. Sudah pasti dibandar besar seperti Kuala Lumpur bagi golongan kurang berkemampuan terutama sebelah pihak keluarga gadis meminta hantaran, paling kurang RM8k ke RM10k. Apa lagi bagi golongan berada, sudah pasti hantaran antara RM30k ke RM60k. Bayangkan nilai wang hari seperti tiada harga langsung. Soalanya bukan mahu menjual anak, akan tetapi kos untuk sesuatu majlis perkahwinan terlalu tinggi. Kos pelamin, kos andaman, kos jamuan dan macam-macam lagi.


Kita beralih topik soal majlis perkahwinan dan belanjanya keapda kos saraan hidup. Mampukan anda bermadu tiga dengan pendapatan RM3000 sebulan? Bagaimana agaknya anda mengagih-agihkan wang gaji atau pendapatan anda untuk menyara 3 keluarga? Sedangkan punya seorang isteri pun susah nak hidup di kota besar ini, inikan pula ada 3 isteri. Namun jika para siteri bekerja ada kemungkinan tampungan kewangan dapat diselesaikan. Akan tetapi menurut dalam Islam suami adalah ketua keluarga yang wajib memberi nafkah zahir dan batin. Bukan isteri yang terpaksa menyara hidup dan membanting tulang menyara keluarga.

Ada orang berpendapat jika berkahwin maknanya berkongsi hidup.Sebut berkongsi hidup apakah wajar mencari rezki juga perlu berkongsi? Keputusan ini terpulang pada setiap individu. Sukar untuk kita pertikaikan. Namun yang penting hidup berkeluarga terus bahagia. Jika sekadar berbahagia itu dimiliki sang suami ianya tidak bermakna bagi sang isteri. Apapun hidup perlu diteruskan. Sama ada berjaya dalam hidup atau tidak selagi hayat dikandung badan kita perlu menjadi khalifah di bumi Allah ini sebaik mungkin demi genarasi kita yang kita lahirkan.

No comments: