BERSAMA SAYA SUTERA KASIH,DALAM RUANGAN DUNIAKU CERITAKU

followers

Sunday 12 June 2011

Apa akan jadi jika lelaki mengandung?


Aku teringat satu filem barat, aku pun dah lupa tajuk filem tu, mengisahkan lelaki mengandung. Mungkin agak mustahil lelaki boleh mengandung. Tapi cuba kita bayangkan bagaimana agaknya jika lelaki mengandung?
Secara tidak langsung mengambil alih tugasan wanita (isteri) untuk mengandung dan melahirkan anak. Mungkin lelaki baru tahu betapa siksanya, sakitnya sewaktu melahirkan anak. Umpama kata orang tua-tua rasa setengah mati dan tidak mustahil boleh mati kalau tidak tertahan kesakitan.



Secara tidak langsung jika ditakdirkan tiba-tiba Tuhan jadikan perubahan lelaki mengandung maka tak akan berlakunya zina atau seks bebas dan pembuangan bayi. Sebabnya lelaki takut mengandung, dan tentunya wanita seronoklah. Akan tetapi akan timbul isu lain pula, wanita akan mengoda lelaki untuk tujun seks atau tidak mustahil mungkin adanya isu perogol wanita.... ini pendapat akulah, mungkin ramai lagi yang ada pendapat sendiri...

Apa pun kita haraf sangat supaya ada kesedaran kepada lekai janganlah senang wenang mengambil kesempatan dan kemudian tidak bertanggungjawap.Pada wanita yang terlanjur dan mengandung tu pula, ingatlah sakitnya melahirkan anak. Jangan dikira dosa berzina, malah membunuh adalah dosa yang tidak terampun. Jadi ingatlah sebelum menyesal dikemudian hari.

No comments: